Thursday, April 24, 2014

Ibu Mengandung : Pemakanan Sihat Untuk Ibu Hamil

Kali ni aku nak share info tentang pemakanan yang sihat bagi ibu mengandung. Ibu mengandung selalu kena menjaga pemakanan kalu salah makan akan memudaratkan ibu yang sedang mengandung dan juga anak dalam kandungan.

Macam aku, selau xjaga makanan. Awal2 dulu lagi la. Makanan kegemaran aku mmg xleh nak tinggal yang pelik nya semua xsihat lak tu contoh : jeruk, asam ni adalah mkanan y aku xleh tinggal dr dulu. Tapi start last aku makan n terfikir kalau aku pantang makanan lain tapi makanan y ni aku xelak sama je. Biar makan semua xyah pantang2..hihi

Tapi aku mmg jenis xpantang, orang kedah kata pantang tengok semua nak bedai. Aku skrg dah 7Bulan, aku perasan kalau makan makanan yang salah je badan aku akan lain. So dari c2 aku br tahu. Contohnya aku makan sayur kegemaran aku kangkung skali lepas makan tangan aku kebas n kembang. Mula2 xsedar tp dua tiga kali jugak la jadi baru aku tnya mak aku dan baru tahu sayur tu angin.

Sekarang aku dah tinggal kan untuk sementara sayur kangkung kegemaran aku tu. Dari situ aku pun search la kat pak cik google n terjumpa bnyak sangt sayur y berangin. Oh, semua sayur y aku suka makan lak tu, now terpaksa tinggal kan klu tak melarat la akuNya badan. Ni baru tangan belum kaki. Kau teruskan jugak tah2 muka aku pun bengkak jugak.

Aku sentiasa berdoa supaya aku, kandungn aku, suami dan jugak semua keluarga aku dalam keadaan sihat selalu. So buat suami aku pun aku minta dia doakan supaya aku senang untuk bersalin nnti. Harap2 mudah la segalanya nnti. Amin :)

Info : Google
Pemakanan Sihat Untuk Ibu Hamil

Protein
Penting untuk membina tisu dalam badan. Tumbesaran bayi, uri, rahim,tisu payudara dan bekalan darah bergantung kepada bekalan protein yang cukup. Sumber protein yang utama ialah susu, daging, ikan, telur dan kekacang. Asid amino adalah unit asas untuk protein. Asid amino perlu adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari diet.

Iron (Zat Besi)
Penting untuk menghasilkan darah. Ia merupakan bahan terpenting dalam penghasilan hemoglobin yang membawa oksigen disekeliling tubuh. Bekalan darah anda semakin bertambah semasa hamil, membuatkan keperluan zat besi semakin bertambah. Hati, daging, ginjal, ayam dan ikan adalah sumber zat besi yang terbaik. hati juga kaya dengan vitamin A. Pengambilan vitamin A berlebihan boleh memudaratkan bayi. Mengambil makanan yang tinggi vitamin C seperti betik atau segelas jus buah-buahan akan menolong penyerapan zat besi.

Calsium (Kalsium)
Bayi memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi. Anda dan bayi anda memerlukan mineral untuk mengekakalkan kekuatan gigi dan tulang, pembekuan darah yang normal, serta fungsi-fungsi otot-otot dan saraf. Susu dan makanan tenusu ialah sumber diet yang baik bagi kalsium kerana-susu kaya dengan vitamin-paras karbohidrat dalam susu iaitu laktosa dan vitamin D yang tinggi menambah kadar penyerapan kalsium dalam tubuh

Folic Acid (Asid Folik)
Asid Folik, sejenis vitamin B amat diperlukan untuk pembentukan sel2 daraah merah dan sel baru dalam badan. Kekurangannya akan menyebabkan anaemia dan bayi mendapat spina bifida(cacat saraf tunjang). Asid folik terdapat dalam makanan seperti hati, ginjal, sayur2an berdaun hijau, kacang,bijirin penuh,oren dan pati ragi.

Essential Fatty Acids(Asid lemak tepu)
Asid lemak ialah unit asas untuk lemak. Asid lemak tepu adalah asid lemak yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari makanan. Asid lemak ini ialah Asid Linolik (LA) dan Asid Alfa-linolenik (ALA). LA dan ALA amat penting kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel2 baru yang terbentuk dengan pantas.
LA diproses dalam badan menjadi Arakidonik (AA) dan ALA menjadi Asid Dokosaheksanoik (DHA). AA dan DHA penting untuk tumbesaran normal dan perkembangan otak bayi.

Banyak kajian mendapati bayi2 yang ibu2 mereka makan banyak “ikan berminyak” seperti salmon, tuna, sardin, makeral, dan ikan kod mempunyai kandungan DHA yang lebih tinggi.

Nota kaki : Korang tahu setengah orang xleh makan untuk sebuhkan luka dia lepas bersalin? tahu tak nak tahu camna? Tengok belas cucuk kat bahu time darjah 6 dulu if kata naik bengkak nnti klu kita makan ikan haruan tuk sembuh luka nnti luka kita naik ketul. Ni info dari nurse and kawan aku. If kata bekas cucuk dia xnaik maka selamatla dia untuk makan ikan haruan tuk sembuhkan luka. Selamat melihat :)
Kalu xcaya try la yea. Aku alhamdulillah ikan semua boleh mkan, Insyallah.

Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Thursday, April 17, 2014

Ibu Mengandung : Makanan semasa mengandung untuk mengelakkan bayi terkena kuning


Demam kuning atau Jaundice yang sering berlaku pada bayi yang baru dilahirkan sering kali membuatkan ibubapa risau dan berusaha untuk menangani masalah ini.

Alhamdulillah, saya sekarang sudah mengandung 6bulan lebih. Ini lah yang selau bermain difikiran saya dimana selalu tertnya2 adakah anak saya nnti akan terkena kuning. Dan dalam setiap doa selalu berdoa supaya baby ini dilahirkan sihat insyallh.

Setakat ini banyak saya wat pencarian untuk mencegah bayi terkena kuning. Tapi kita hanya manusia biasa yang hanya merancang Allah yang menetukan. Tapi kita mempunyai pilihan untuk memilih untuk mengelak sesuatu perkara. So, dengan ini saya cuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik untuk bayi yang bakal dilahirkan ini.

Digalakkan bagi ibu mengandung untuk mengelak bayi kuning :
  • Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
  • Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
  •  Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.
  • Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
  • Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
  • Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
  • Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Notakaki : vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH.



Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Bicara Hati : U are myBoo

Biar la gambaq berbicara

Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Friday, April 11, 2014

Wedding : Tahniah mira 4 ur big day

Ni mggu lepasNya cter aku g kenduri opismate aku. Macam biasa aku akan pergi lewat bukan pe, klu kluar awal nnti keja rumah sure xbuat. So aku amalkan kemas2 rumah semua siap br kluar cz kitorang klu dah kluar susah nak balik.. Heeeheee

By d way, pengantin mmg cantik.. Heehe
Tetiba dlm gambaq ni aku nmpak sngt2 gemuk.. Oh no... Teringat zaman selim melim.. Ok lari tajuk.. 

Yang hujung skali pegang baby tu nama nya farah, my best fren dari UiTM arau n dah sepuluh tahun kami berkawan n masih macam ni. Semoga persahabatan kami kekal smpai bila2. Susah nak cari kawan semasa susah n senang dia ada.. That my frenz. Aku mmg jenis y filter kekawan bila aku nak kawan. Klu jenis yang xleh caya or wat aku annoying just tggaikan je. Sory dear.

Aku harap boleh kurus balik lepas ni.. Sabar yea awe. Lagi beberapa bulan.. Yeahh.. Xsabar hew...hewwwww

Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Thursday, April 10, 2014

Rahsia hati : Oh comel nyer

Pergh.. Klu buat nasi goreng hias cam gini mmg xmakan la jawabnya. Comel kan? Nak makan pun  rasa sayang.

Tapi tu la.. Ada gak keinginan tuk buat.. Jadi ke idok? Bila tah nak buat. Masa sngt mencemburui aku sbb nak masak pun benda2 simple je. Klu nak masak hias cantik2 tggu la kerajinan tahap unlimited dulu.

Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...