Wednesday, January 28, 2015

Lawak : Fakta tentang kentut

Kisah kentut ketika mesyuarat guru. Tiba2, terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang
kurang enak. Lalu masing2 memberikan komen:
Guru Maths: Hmmm ... Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi2.
Guru Muzik: Wahh ... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.
Guru Fizik: Itu lah sebenarnya inner power, tenaga
yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.
Guru Biologi: Begitulah cara makhluk hidup
meneruskan kehidupannya.
Guru Agama: Ini la antara penyebab batalnya wuduk.
Guru Geografi: Kedudukannya mengikut arah mata
angin.
Guru Kaunseling: Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.
Guru Sastera: Perkataannya boleh diuntai atau ditulis, namun aromanya nan satu manakan dapat diungkapkan dengan kata2.
Guru Bahasa: Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkapi predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.
Guru Sejarah: Antara penyebab berlakunya
perang mulut.
Guru Besar: Sememangnya saya yang kentut. Besar sgt ke masalahnya?
 Mari freshkan minda.. ✌
Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Monday, January 26, 2015

Info : Petua Redakan Anak Demam

Sebelum hilang lagi... Aku amik letak dlm ni dulu nnti boleh review balik

Credit majalah mama&papa 
--------------------------------
demam

Demam adalah penyakit biasa yang akan menyerang semua orang termasuk bayi dan kanak-kanak. Biasanya serangan demam akan menyebabkan suhu badan si kecil meningkat dan panas, tidak bermaya dan tidak aktif seperti biasa. Ia amat merisaukan ibu bapa terutama yang perlu meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh.

Bahkan bayi dan anak-anak kecil yang demam akan kerap merengek kerana tidak selesa dengan keadaan suhu badan yang panas. Berikut adalah petua tradisional menurunkan suhu badan yang panas.

  1. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan di kepala dan ubun-ubun bayi atau anak kecil. Ulang beberapa kali sehingga demam anak berkurangan.
  1. Beri anak kecil minum air kelapa muda dua kali sehari. In shaa Allah, panas badannya akan turun.
  1. Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.
  1. Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepal. Biarkan air asam jawa itu kering dengan sendir. Lakukan berulang kali sehingga suhu panas berkurangan.
  1. Ambil beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.
  1. Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan itu ditempekkan ke dahi bayi atau anak kecil yang demam. Bila parut sudah kering, gantikan dengan yang baharu sehingga suhu turun ke paras biasa.
Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Friday, January 23, 2015

Anak : Demam

Error matching blog to blogger entry. If you are the owner of this blog, please check that there is no typo in your blog address and that you have pasted the code from the Add Ads page correctly (file:///var/mobile/Containers/Data/Application/C0E308EE-89ED-4E7D-B939-A11A1F83CF0A/Documents/Blogger/)
Harini dah masuk3 hari adra demam tau.. Tp bila check suhu 36.7 c je. Camna tu? Takut denggi je. Harap2 adra kuat yea.

Sian anak mama tau, sebab slalu dia aktif je bila bawa jalan maunya mama dia jadi tilam untuk dia guling2. Skrg ni bawa naik keta loncat tp mata layu je. 

Bawa jalan pun cam xbest je. Mama n abah trus balik rumah semalam sebab adra xsihat. Kalu tak mesti dok kat PDlagi melayan pantai n g window shopping lat ioi city mall y baru. Mama nak makan magnum. Hikhi

Malam ni or esok kita g yea.. Y penting adra sihat.. Muah2

Harap2 anak mama cepat sihat yea. 
Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Thursday, January 15, 2015

Anak : Lagi 3 hari

Wah... Kejap je Adra Irdhina dah nak masuk 6 bulan n yang penting adra dah boleh makan. Mama mmg xsabar nak bagi mkan sbb mama n abah suka makan. 

Please... Pleasee adra jgn ikut mama n abah menggemukkan diri yea sayang. 


Tarikh : 15.01.2015 
Hari : Khamis
Jam : 8.30 pagi sebelum hantar pengasuh
Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...