Wednesday, February 29, 2012

::.. Perempuan ..::

Perempuan.. senang dipujuk tapi susah memujuk, senang moody tapi susah mengamok, senang berleter tapi susah marah, senang jatuh hati tapi susah nk mencintai, senang menangis tapi susah derita, senang dimengerti tapi susah difahami..

Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Monday, February 20, 2012

::.. Kongsi Bersama ..::

i) ikot tarikh lahir anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:

1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:

Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat

** sambungkan bg jadi 1 ayat..
KONGSI-KONGSILAH JAWAPAN ANDA~ (JAWAPAN JUJUR)

Jawapan aku time nie : Jun - Aku terkentut depan + 11- Kawan baik aku + Oren - Sebab aku baru putus cinta
hahahaaa..... tp aku tengah bahagia mn de putus cinta :)





Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

::.. This is definitely true ..::




Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Sunday, February 19, 2012

::.. Broga Hill again ..::

 
Hai...
Penat giler ari ni (19 Februari 2012 - Ahad).. dah lama aku xsenaman, sekali ari ni naik broga mmg pancit ar...dalam 1/5 aku dah berpeluh giler cam air terjun..hahaa xpenah aku naik peluh2 cam tu... kira aku dah makin sihat la eh dr sebelum2 nie.. :)
Ni pun diorang cakap lambat time aku balik dr menyumbangkan tenaga kat Alamanda semalam derang call ajak g broga.. ikut je dr bosan kat umah dok tambah lemak je..huhuh Derang nie dak UTP(Petronas) mmg suka xtvt2 lasak nie tetambah wanie, dia dak hiking kira tiap bulan gunung or bukit die tawan ngn geng2 kembara die..huhu so derang ni terdiri dari kiri sebelah aku - wanie + erin + iena + dila + doni
sampai sekarang kaki aku shaking lagi nie.. xwat regangn otot dulu b4 naik td mmg ar camnie... uwaaaaaaaaaaaaa
Best dapat join derang n derang mmg best la.. smpai atas dua - tiga jam cz berhenti amik gambar. Derang je amik ngn camera2 derang aku tukang nyebuk je dalam gambar...ehhehehe














 
Sian dila kasut die rosak time naik broga.. Tengokla..terukkan kasut die tp dengan semangat yang kuat die teruskan juga naik sampai atas.. dah sampai je atas result dia


 
Taraaaaaaaa.... tinggaikan kasut nie wat kenangan atas tu..ehhe n dilla turun berkaki ayam.. nasib orang2 atas nie semua spoting meriah giler n perangai derang y naik sini mmg giler2 la..hahahaaaaaa
Bye kasut :)

 
Yeaaaa... kami berjaya tawan Bukit Broga yeaaaaaaaaaaaaaaaa......
ehem...Bila la dapat tawan Gunung Tok Wan lak eh?? sesapa yang nak pergi nak Tok Wan leh la contact sini..nak ikut..ehhe :P


Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

::.. Berdengkur ..::


Apa itu berdengkur? 
Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak
membahayakan.

Sebab-sebab berdengkur
Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak.

Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.

Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.


Komplikasi
Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea'iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur.

'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.

Rawatan
Bolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan?
Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan ataummengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur.

Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.

Rawatan untuk dengkur
Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "adenoid".

Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.

Pencegahan
Petua untuk mengurangkan dengkuran:

• Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
• Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
• Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
• Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
• Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
• Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
• Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang

Source : Pdf - author dia xletak


Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...