Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Monday, January 26, 2015

Info : Petua Redakan Anak Demam

Sebelum hilang lagi... Aku amik letak dlm ni dulu nnti boleh review balik

Credit majalah mama&papa 
--------------------------------
demam

Demam adalah penyakit biasa yang akan menyerang semua orang termasuk bayi dan kanak-kanak. Biasanya serangan demam akan menyebabkan suhu badan si kecil meningkat dan panas, tidak bermaya dan tidak aktif seperti biasa. Ia amat merisaukan ibu bapa terutama yang perlu meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh.

Bahkan bayi dan anak-anak kecil yang demam akan kerap merengek kerana tidak selesa dengan keadaan suhu badan yang panas. Berikut adalah petua tradisional menurunkan suhu badan yang panas.

  1. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan di kepala dan ubun-ubun bayi atau anak kecil. Ulang beberapa kali sehingga demam anak berkurangan.
  1. Beri anak kecil minum air kelapa muda dua kali sehari. In shaa Allah, panas badannya akan turun.
  1. Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.
  1. Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepal. Biarkan air asam jawa itu kering dengan sendir. Lakukan berulang kali sehingga suhu panas berkurangan.
  1. Ambil beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.
  1. Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan itu ditempekkan ke dahi bayi atau anak kecil yang demam. Bila parut sudah kering, gantikan dengan yang baharu sehingga suhu turun ke paras biasa.
Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Thursday, April 24, 2014

Ibu Mengandung : Pemakanan Sihat Untuk Ibu Hamil

Kali ni aku nak share info tentang pemakanan yang sihat bagi ibu mengandung. Ibu mengandung selalu kena menjaga pemakanan kalu salah makan akan memudaratkan ibu yang sedang mengandung dan juga anak dalam kandungan.

Macam aku, selau xjaga makanan. Awal2 dulu lagi la. Makanan kegemaran aku mmg xleh nak tinggal yang pelik nya semua xsihat lak tu contoh : jeruk, asam ni adalah mkanan y aku xleh tinggal dr dulu. Tapi start last aku makan n terfikir kalau aku pantang makanan lain tapi makanan y ni aku xelak sama je. Biar makan semua xyah pantang2..hihi

Tapi aku mmg jenis xpantang, orang kedah kata pantang tengok semua nak bedai. Aku skrg dah 7Bulan, aku perasan kalau makan makanan yang salah je badan aku akan lain. So dari c2 aku br tahu. Contohnya aku makan sayur kegemaran aku kangkung skali lepas makan tangan aku kebas n kembang. Mula2 xsedar tp dua tiga kali jugak la jadi baru aku tnya mak aku dan baru tahu sayur tu angin.

Sekarang aku dah tinggal kan untuk sementara sayur kangkung kegemaran aku tu. Dari situ aku pun search la kat pak cik google n terjumpa bnyak sangt sayur y berangin. Oh, semua sayur y aku suka makan lak tu, now terpaksa tinggal kan klu tak melarat la akuNya badan. Ni baru tangan belum kaki. Kau teruskan jugak tah2 muka aku pun bengkak jugak.

Aku sentiasa berdoa supaya aku, kandungn aku, suami dan jugak semua keluarga aku dalam keadaan sihat selalu. So buat suami aku pun aku minta dia doakan supaya aku senang untuk bersalin nnti. Harap2 mudah la segalanya nnti. Amin :)

Info : Google
Pemakanan Sihat Untuk Ibu Hamil

Protein
Penting untuk membina tisu dalam badan. Tumbesaran bayi, uri, rahim,tisu payudara dan bekalan darah bergantung kepada bekalan protein yang cukup. Sumber protein yang utama ialah susu, daging, ikan, telur dan kekacang. Asid amino adalah unit asas untuk protein. Asid amino perlu adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari diet.

Iron (Zat Besi)
Penting untuk menghasilkan darah. Ia merupakan bahan terpenting dalam penghasilan hemoglobin yang membawa oksigen disekeliling tubuh. Bekalan darah anda semakin bertambah semasa hamil, membuatkan keperluan zat besi semakin bertambah. Hati, daging, ginjal, ayam dan ikan adalah sumber zat besi yang terbaik. hati juga kaya dengan vitamin A. Pengambilan vitamin A berlebihan boleh memudaratkan bayi. Mengambil makanan yang tinggi vitamin C seperti betik atau segelas jus buah-buahan akan menolong penyerapan zat besi.

Calsium (Kalsium)
Bayi memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi. Anda dan bayi anda memerlukan mineral untuk mengekakalkan kekuatan gigi dan tulang, pembekuan darah yang normal, serta fungsi-fungsi otot-otot dan saraf. Susu dan makanan tenusu ialah sumber diet yang baik bagi kalsium kerana-susu kaya dengan vitamin-paras karbohidrat dalam susu iaitu laktosa dan vitamin D yang tinggi menambah kadar penyerapan kalsium dalam tubuh

Folic Acid (Asid Folik)
Asid Folik, sejenis vitamin B amat diperlukan untuk pembentukan sel2 daraah merah dan sel baru dalam badan. Kekurangannya akan menyebabkan anaemia dan bayi mendapat spina bifida(cacat saraf tunjang). Asid folik terdapat dalam makanan seperti hati, ginjal, sayur2an berdaun hijau, kacang,bijirin penuh,oren dan pati ragi.

Essential Fatty Acids(Asid lemak tepu)
Asid lemak ialah unit asas untuk lemak. Asid lemak tepu adalah asid lemak yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari makanan. Asid lemak ini ialah Asid Linolik (LA) dan Asid Alfa-linolenik (ALA). LA dan ALA amat penting kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel2 baru yang terbentuk dengan pantas.
LA diproses dalam badan menjadi Arakidonik (AA) dan ALA menjadi Asid Dokosaheksanoik (DHA). AA dan DHA penting untuk tumbesaran normal dan perkembangan otak bayi.

Banyak kajian mendapati bayi2 yang ibu2 mereka makan banyak “ikan berminyak” seperti salmon, tuna, sardin, makeral, dan ikan kod mempunyai kandungan DHA yang lebih tinggi.

Nota kaki : Korang tahu setengah orang xleh makan untuk sebuhkan luka dia lepas bersalin? tahu tak nak tahu camna? Tengok belas cucuk kat bahu time darjah 6 dulu if kata naik bengkak nnti klu kita makan ikan haruan tuk sembuh luka nnti luka kita naik ketul. Ni info dari nurse and kawan aku. If kata bekas cucuk dia xnaik maka selamatla dia untuk makan ikan haruan tuk sembuhkan luka. Selamat melihat :)
Kalu xcaya try la yea. Aku alhamdulillah ikan semua boleh mkan, Insyallah.

Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Thursday, April 17, 2014

Ibu Mengandung : Makanan semasa mengandung untuk mengelakkan bayi terkena kuning


Demam kuning atau Jaundice yang sering berlaku pada bayi yang baru dilahirkan sering kali membuatkan ibubapa risau dan berusaha untuk menangani masalah ini.

Alhamdulillah, saya sekarang sudah mengandung 6bulan lebih. Ini lah yang selau bermain difikiran saya dimana selalu tertnya2 adakah anak saya nnti akan terkena kuning. Dan dalam setiap doa selalu berdoa supaya baby ini dilahirkan sihat insyallh.

Setakat ini banyak saya wat pencarian untuk mencegah bayi terkena kuning. Tapi kita hanya manusia biasa yang hanya merancang Allah yang menetukan. Tapi kita mempunyai pilihan untuk memilih untuk mengelak sesuatu perkara. So, dengan ini saya cuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik untuk bayi yang bakal dilahirkan ini.

Digalakkan bagi ibu mengandung untuk mengelak bayi kuning :
  • Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
  • Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
  •  Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.
  • Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
  • Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
  • Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
  • Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Notakaki : vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH.



Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Tuesday, May 22, 2012

::.. Ada Apa Dengan Bulan Rejab ..::


ADA APA DENGAN BULAN REJAB

Rejab ertinya mulia atau agung. Bulan Rejab begitu dianggap mulia khususnya bangsa Arab. Orang-orang Arab menamakan bulan Rejab kerana pada masa dahulu mereka begitu memuliakan bulan tersebut dengan berbagai cara, di antaranya:

1. Mereka menyembelih unta pada tanggal 1 Rejab sebagai binatang korban dan menamakan korban itu dengan nama Fara'
2. Menjelang 10 Rejab, mereka kan menyembelih seekor lagi unta dan korban ini dinamakan Utairah
3. Sepanjang bulan Rejab, mereka diharamkan berperang dan berbunuhan
4. Pada tanggal 1 Rejab, mereka akan membuka pintu Kaabah sepanjang hari dengan tujuan memberi peluang kepada orang ramai beribadat sepuas- puasnya.


Walaubagaimanapun,setelah kedatangan Islam,sebahagian amalan tersebut tidak dilakukan
lagi seperti menyembelih unta pada 1 dan 10 Rejab berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Tidak ada penyembelihan haiwan pada tanggal 1 dan 10 Rejab dalam Islam" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

BULAN REJAB DI DALAM AL QURAN DAN AS SUNNAH Al Quran tidak menyebut secara khusus mengenai bulan Rejab dan kelebihannya melainkan terdapat dua surah yang menyebut secara tidak langsung iaitu Surah al Baqarah(ayat 194 dan 217) dan surah At Taubah
(ayat 2,36 dan 37)

"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (hukum) berperang dalam bulan
yang dihormati, katakanlah"Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah,dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat(orang-orang Islam) ke Masjidil Haram(di Mekah),serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar dosanya di sisi Allah SWT.
(Al Baqarah ayat 217)

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada Al Ashur Hurum selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah) Manakala kebanyakkan hadis menceritakan amalan berpuasa
dalam bulan ini walaupun tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa
pada hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa. Seorang lelaki dari Bahilah datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya"Ya Rasulullah, saya adalah lelaki yang datang menemui anda pada tahun pertama"Nabi bersabda"Kenapa keadaanmu telah jauh berubah padahal dahulunya kelihatan baik?Kata lelaki itu"semenjak berpisah dengan anda, saya tidak makan hanyalah di waktu malam "Maka tanya Rasulullah SAW"Kenapa kamu seksa diri kamu?Lalu sabdaNya"Berpuasalah pada
bulan sabar-yakni bulan Ramadhan dan satu hari dari setiap bulan"Tambahlah buatku
kerana saya kuat melakukannya! Ujar lelaki itu"Berpuasalah dua hari!Sabda Nabi."Tambahlah lagi" Mohon lelaki itu pula. Maka Nabi SAW bersabda "Berpuasalah
dalam bulan suci(haram)lalu berbukalah!(kemudian diulangi sebanyak 3 kali)sambil
mengucapkan itu Nabi SAW memberi isyarat dengan jari- jarinya yang tiga, mula-mula
digenggam lalu dilepaskan" (hadis riwayat Ahmad, Abu Daud,Ibnu Majjah dan Baihaqi dengan sanad yang baik)


PERISTIWA PENTING BULAN REJAB

1. Hijrah Pertama Dalam Islam
Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi.

2. Israk dan Mikraj
Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.
Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih.

3. Peperangan Tabuk
Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW.

4. Pembebasan Baitul Maqdis
Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang ristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5.Lahirnya Imam Syafie RH
Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm. Satu perkara yang perlu juga dijelaskan ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang diriwayatkan oleh Rasulullah SAW dari hadis-hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah bersandarkan kepada hadis-hadis lemah. Namun masih banyak lagi amalan sunat secara umum yang masih boleh kita tunaikan di bulan Rejab ini sebagai persediaan menjelang tibanya bulan Ramadhan seperti qimullail, puasa Isnin dan Khamis. Tadarus Al Quran dan lain-lain lagi.Memperbanyak puasa sunat amat digalakkan agar tubuh kita tidak terkejut apabila menerima tuntutan ibadah puasa wajib di bulan Ramadhan.

Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Thursday, March 01, 2012

::.. 10 Tabiat Lelaki Yang Menggelikan Bagi Wanita ..::


1) Kuku yang panjang- Ada sesetengah lelaki yang gemar untuk menyimpan kuku yang panjang. Tujuan mereka berbuat sedemikian tidak dapat dikenalpasti. Tetapi tabiat seperti ini menggelikan seorang wanita apabila mereka melihatnya(Boleh potong kot kalau dah panjang).

2) Bulu yang tidak ditempat sepatutnya- Mungkin lelaki terlalu malas untuk menjaga penampilan mereka. Tetapi janganlah disebabkan kemalasan itu membiarkan bulu hidung tumbuh dengan bebasnya. Tabiat ini merupakan perkara paling menggelikan wanita(Tak sedap dipandang).

3) Nafas berbau- Ada sesetengah lelaki tidak mengambil berat mengenai masalah nafas berbau. Mereka hanya membiarkannya sahaja. Tabiat seperti ini harus ditinggalkan dan sepatutnya mereka berusaha untuk mengatasi masalah nafas berbau kerana ia amat tidak menyenangkan bukan sahaja terhadap wanita, tetapi kepada orang yang mendengar percakapan anda juga(Erk..boleh pensan).

4) Masalah bau badan- Ada sesetengah lelaki mempunyai masalah ini terutamanya mereka yang berbadan agak besar. Cuba mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya kerana bau badan akan menyukarkan orang lain untuk menghampiri anda(Cari perfium yang sesuai dengan badan).

5) Rambut terlalu nampak basah- Mungkin lelaki terlalu obses untuk menjaga penampilan rambut mereka sehingga menggunakan minyak rambut secara berlebihan. Bersederhana sahaja terhadap rambut anda kerana rambut yang terlalu basah akan kelihatan seperti bayi yang baru lahir. Tabiat ini perlu dielakkan kerana wanita amat tidak menyukai untuk meluangkan masa mereka bersama pasangan yang seperti bayi baru lahir(erk....).

6) Rambut yang langsung tidak bergerak- Ini juga merupakan salah satu tabiat yang sering dilakukan oleh lelaki. Pemakaian wax juga tidak perlu keterlaluan kerana ia akan membuatkan rambut anda kelihatan seperti batu. Biarkan rambut anda bebas secara semulajadi(hahaaa).

7) Terlalu banyak bintik hitam di muka- Sekiranya anda mempunyai terlalu banyak bintik hitam di bahagian muka, berusahalah untuk membuangkannya. Anda boleh membuangkannya secara sendiri atau dengan pergi mendapatkan rawatan. Jangan terus membiarkannya kerana ia akan menggelikan orang lain untuk melihat wajah anda(Cuci muka dengan pencuci yang sepadan).

8) Gigi berkarat- Terutamanya kepada lelaki yang merokok, dapatkan rawatan pembersihan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun untuk membersihkan karat-karat yang melekat pada gigi anda.Ini kerana senyuman yang beserta gigi yang berkarat amat menggelikan wanita (Ini mmg selalu wanita perhatikan kerana cuba bertanya kepada semua member perempuan aku mmg mereka titik beratkan y ini).

9) Sendawa- Tabiat ini juga adalah merupakan tabiat yang paling sering dilakukan oleh lelaki. Jangan sesekali sendawa dikhalayak ramai walaupu anda merasakan ia seperti perkara yang biasa kerana ia akan menggelikan orang lain(Boleh elak kot).

10) Kebersihan telinga- Mungkin disebabkan telinga berada pada kedudukan yang sukar untuk dilihat membuatkan lelaki tidak terlalu mengambil berat mengenainya. Ambil berat mengenai kebersihan telinga anda kerana walaupun ia tidak dapat dilihat, tetapi orang lain mampu untuk melihatnya(eeeeee.... wat malu kot).


p/s : Abaikan gambar diatas.. xde kene mengena cz aku peminat die je... Dari benci menjadi minat..huhuh

Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Sunday, February 19, 2012

::.. Berdengkur ..::


Apa itu berdengkur? 
Berdengkur adalah bunyi bising semasa bernafas, apabila sebahagian daripada saluran pernafasan atas seseorang tersumbat. Ia berlaku apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan di bahagian belakang mulut dan hidung seseorang.

Bunyi itu dikeluarkan apabila tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak
membahayakan.

Sebab-sebab berdengkur
Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak.

Tisu tekak yang besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan mempunyai leher yang pendek dan besar.

Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan dengkuran. Antara sebab lain adalah batang hidung yang bengkok, polip dan jangkitan sinus.


Komplikasi
Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang dipanggil 'sleep apnea'iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur.

'Sleep apnea' boleh membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.

Rawatan
Bolehkah dengkuran yang kuat disembuhkan?
Mendengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana kedudukan ataummengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah 'sleep apnea'.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak akan memeriksa hidung, mulut, tekak, lelangit dan leher mendengkur.

Kajian semasa tidur yang dilakukan di dalam 'makmal tidur' perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.

Rawatan untuk dengkur
Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung, jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan "adenoid".

Rawatan diberi mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.

Pencegahan
Petua untuk mengurangkan dengkuran:

• Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
• Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
• Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
• Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
• Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
• Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
• Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang

Source : Pdf - author dia xletak


Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...