Wednesday, February 15, 2012

::.. Bicara Hati (Full Episode) ..::

Boleh beli di Sini

Sinopsis :
DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai. Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

Sekarang dah ada movie di Astro Prima atau boleh Click di Sini :







Cerita nie ada setiap hari selasa 9 malam di Astro Prima. Aku pun suka tengok citer nie cz aku suka baca Novel dia.. dah brapa kali katam buku dia.. Tapi sekarang mmg banyak cerita kat tv semua adaptasi dari novel..huhuh Contoh : Ariana Mikhail (TV9), best juga Nora Danish yang comel dengan Hussein Ruffedge

kredit : ezany




Sharing Is Caring :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...