Tuesday, May 27, 2014

Resepi : Puding Milo lapis Oreo (Senang je nak buat)

Ni bila dah nak habis dimakan sebab puding ni aku buat tak terlalu manis. Almaklum la sekarang kalu nak makan pape aku suka buat sendiri. So, bila terasa nak makan puding milo oreo ni trus aku search n pergi beli barang dan buat. Teng!!! jadi la ia. :)

Ni masa lapisan kedua selepas lapisan milo dibawah. 

Nmapak tak? lapisan bawah sekali? tu milo la. Tengah lapisan biasa letak oreo dan lapisan tinggal lagi satu mlapisan adalah saki baki lapisanyang dicampur milo tadi keats lapisan ada oreo. Senang je nak buat dia cuma nak tunggu setiap lapisan tu sejuk sikit sempa lagi aku memasak makan malam. :)


Resepi Puding Lapis Oreo
Resepi ini saya ambil bulat-bulat dari blog akak ni. BLOG INI 

Bahan-Bahan Puding Lapis Oreo
( Saiz: 8" persegi )
  • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - kalau tak suka manis boleh letak 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah-patahkan tapi biarkan sandwich 2 lapis

Cara Menyedia Puding Lapis Oreo
  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.Kemudian,masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
  • Masukkan susu cair, kacau sebati sehingga mendidih.
  • Asingkan 2 cwn ke dalam periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  • Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
  • Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
  • Taburkan biskut oreo.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  • Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.

Tips Melapis Puding Oreo
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak melekat.
  • Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dengan baik.
Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Thursday, April 24, 2014

Ibu Mengandung : Pemakanan Sihat Untuk Ibu Hamil

Kali ni aku nak share info tentang pemakanan yang sihat bagi ibu mengandung. Ibu mengandung selalu kena menjaga pemakanan kalu salah makan akan memudaratkan ibu yang sedang mengandung dan juga anak dalam kandungan.

Macam aku, selau xjaga makanan. Awal2 dulu lagi la. Makanan kegemaran aku mmg xleh nak tinggal yang pelik nya semua xsihat lak tu contoh : jeruk, asam ni adalah mkanan y aku xleh tinggal dr dulu. Tapi start last aku makan n terfikir kalau aku pantang makanan lain tapi makanan y ni aku xelak sama je. Biar makan semua xyah pantang2..hihi

Tapi aku mmg jenis xpantang, orang kedah kata pantang tengok semua nak bedai. Aku skrg dah 7Bulan, aku perasan kalau makan makanan yang salah je badan aku akan lain. So dari c2 aku br tahu. Contohnya aku makan sayur kegemaran aku kangkung skali lepas makan tangan aku kebas n kembang. Mula2 xsedar tp dua tiga kali jugak la jadi baru aku tnya mak aku dan baru tahu sayur tu angin.

Sekarang aku dah tinggal kan untuk sementara sayur kangkung kegemaran aku tu. Dari situ aku pun search la kat pak cik google n terjumpa bnyak sangt sayur y berangin. Oh, semua sayur y aku suka makan lak tu, now terpaksa tinggal kan klu tak melarat la akuNya badan. Ni baru tangan belum kaki. Kau teruskan jugak tah2 muka aku pun bengkak jugak.

Aku sentiasa berdoa supaya aku, kandungn aku, suami dan jugak semua keluarga aku dalam keadaan sihat selalu. So buat suami aku pun aku minta dia doakan supaya aku senang untuk bersalin nnti. Harap2 mudah la segalanya nnti. Amin :)

Info : Google
Pemakanan Sihat Untuk Ibu Hamil

Protein
Penting untuk membina tisu dalam badan. Tumbesaran bayi, uri, rahim,tisu payudara dan bekalan darah bergantung kepada bekalan protein yang cukup. Sumber protein yang utama ialah susu, daging, ikan, telur dan kekacang. Asid amino adalah unit asas untuk protein. Asid amino perlu adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari diet.

Iron (Zat Besi)
Penting untuk menghasilkan darah. Ia merupakan bahan terpenting dalam penghasilan hemoglobin yang membawa oksigen disekeliling tubuh. Bekalan darah anda semakin bertambah semasa hamil, membuatkan keperluan zat besi semakin bertambah. Hati, daging, ginjal, ayam dan ikan adalah sumber zat besi yang terbaik. hati juga kaya dengan vitamin A. Pengambilan vitamin A berlebihan boleh memudaratkan bayi. Mengambil makanan yang tinggi vitamin C seperti betik atau segelas jus buah-buahan akan menolong penyerapan zat besi.

Calsium (Kalsium)
Bayi memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi. Anda dan bayi anda memerlukan mineral untuk mengekakalkan kekuatan gigi dan tulang, pembekuan darah yang normal, serta fungsi-fungsi otot-otot dan saraf. Susu dan makanan tenusu ialah sumber diet yang baik bagi kalsium kerana-susu kaya dengan vitamin-paras karbohidrat dalam susu iaitu laktosa dan vitamin D yang tinggi menambah kadar penyerapan kalsium dalam tubuh

Folic Acid (Asid Folik)
Asid Folik, sejenis vitamin B amat diperlukan untuk pembentukan sel2 daraah merah dan sel baru dalam badan. Kekurangannya akan menyebabkan anaemia dan bayi mendapat spina bifida(cacat saraf tunjang). Asid folik terdapat dalam makanan seperti hati, ginjal, sayur2an berdaun hijau, kacang,bijirin penuh,oren dan pati ragi.

Essential Fatty Acids(Asid lemak tepu)
Asid lemak ialah unit asas untuk lemak. Asid lemak tepu adalah asid lemak yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari makanan. Asid lemak ini ialah Asid Linolik (LA) dan Asid Alfa-linolenik (ALA). LA dan ALA amat penting kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel2 baru yang terbentuk dengan pantas.
LA diproses dalam badan menjadi Arakidonik (AA) dan ALA menjadi Asid Dokosaheksanoik (DHA). AA dan DHA penting untuk tumbesaran normal dan perkembangan otak bayi.

Banyak kajian mendapati bayi2 yang ibu2 mereka makan banyak “ikan berminyak” seperti salmon, tuna, sardin, makeral, dan ikan kod mempunyai kandungan DHA yang lebih tinggi.

Nota kaki : Korang tahu setengah orang xleh makan untuk sebuhkan luka dia lepas bersalin? tahu tak nak tahu camna? Tengok belas cucuk kat bahu time darjah 6 dulu if kata naik bengkak nnti klu kita makan ikan haruan tuk sembuh luka nnti luka kita naik ketul. Ni info dari nurse and kawan aku. If kata bekas cucuk dia xnaik maka selamatla dia untuk makan ikan haruan tuk sembuhkan luka. Selamat melihat :)
Kalu xcaya try la yea. Aku alhamdulillah ikan semua boleh mkan, Insyallah.

Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Thursday, April 17, 2014

Ibu Mengandung : Makanan semasa mengandung untuk mengelakkan bayi terkena kuning


Demam kuning atau Jaundice yang sering berlaku pada bayi yang baru dilahirkan sering kali membuatkan ibubapa risau dan berusaha untuk menangani masalah ini.

Alhamdulillah, saya sekarang sudah mengandung 6bulan lebih. Ini lah yang selau bermain difikiran saya dimana selalu tertnya2 adakah anak saya nnti akan terkena kuning. Dan dalam setiap doa selalu berdoa supaya baby ini dilahirkan sihat insyallh.

Setakat ini banyak saya wat pencarian untuk mencegah bayi terkena kuning. Tapi kita hanya manusia biasa yang hanya merancang Allah yang menetukan. Tapi kita mempunyai pilihan untuk memilih untuk mengelak sesuatu perkara. So, dengan ini saya cuba sedaya upaya untuk memberi yang terbaik untuk bayi yang bakal dilahirkan ini.

Digalakkan bagi ibu mengandung untuk mengelak bayi kuning :
  • Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
  • Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
  •  Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.
  • Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
  • Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
  • Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
  • Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Notakaki : vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH.



Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Bicara Hati : U are myBoo

Biar la gambaq berbicara

Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Friday, April 11, 2014

Wedding : Tahniah mira 4 ur big day

Ni mggu lepasNya cter aku g kenduri opismate aku. Macam biasa aku akan pergi lewat bukan pe, klu kluar awal nnti keja rumah sure xbuat. So aku amalkan kemas2 rumah semua siap br kluar cz kitorang klu dah kluar susah nak balik.. Heeeheee

By d way, pengantin mmg cantik.. Heehe
Tetiba dlm gambaq ni aku nmpak sngt2 gemuk.. Oh no... Teringat zaman selim melim.. Ok lari tajuk.. 

Yang hujung skali pegang baby tu nama nya farah, my best fren dari UiTM arau n dah sepuluh tahun kami berkawan n masih macam ni. Semoga persahabatan kami kekal smpai bila2. Susah nak cari kawan semasa susah n senang dia ada.. That my frenz. Aku mmg jenis y filter kekawan bila aku nak kawan. Klu jenis yang xleh caya or wat aku annoying just tggaikan je. Sory dear.

Aku harap boleh kurus balik lepas ni.. Sabar yea awe. Lagi beberapa bulan.. Yeahh.. Xsabar hew...hewwwww

Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Thursday, April 10, 2014

Rahsia hati : Oh comel nyer

Pergh.. Klu buat nasi goreng hias cam gini mmg xmakan la jawabnya. Comel kan? Nak makan pun  rasa sayang.

Tapi tu la.. Ada gak keinginan tuk buat.. Jadi ke idok? Bila tah nak buat. Masa sngt mencemburui aku sbb nak masak pun benda2 simple je. Klu nak masak hias cantik2 tggu la kerajinan tahap unlimited dulu.

Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Monday, February 17, 2014

Check up : 3rd time

Wah.. Excited doc cakap baby ni baik sebab xbuat ibu dia muntah2 loya2.

Accually, mmg sngt baik n beruntung dapat baby camni. Klu selalu leh prggie lagi.. 😘

Nak kerja pun xda masalah.. Klu tak mesti tress n asyik cuti je. Alhamdulillah...

Ibu harap anak ibu sihat2 di dalam ni. Nnti tiba masa anak ibu kluar yea. Jadi anak y baik dan menghormati orang2 tua n dapat memperjuangkan mengikut syiat islam. Insyallah

1st time aku wat check aku mmg dah agak preggie sbb dah dua bulan xdatang period. Almaklumla xpernah lewat tp klu lewat 2-3-4 ari dikira normal.

Klu bukan kerna desakan member supaya wat test xda aku nak g test. Siap diorang sponsor pregnancy test lagi tuk aku. Syukur sngt2 n smpai skrg aku masih bersyukur kerna diberi peluang merasa pengalaman semua ibu2 rasa.

Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Wednesday, January 15, 2014

Makan : William Corner Petaling Jaya

Hi... Dah bersarang kan blog aku sebab tak update. Harini, saja menggedikkan tangan untuk rajin menaip. Bukan pe, setiap hari aku kena menaip coding dat y la malas nak menaip lain2 sewaktu denganNya. Heeeeee

Harini, aku nak cter tentang william corner. Siapa penah pergi makan c2? Angkat kaki plessss. ✌

Nah... C2 mmg byk makanan portion y besar2 tetapi xda menu. Kalu nak menu kena g dapur dia. Heeeheheee 🍝🍜🍱🍚🍛🍲🍗🍤

Aku mmg selut kat pelayan diorang sebab sngt ramah. Actually, tahun lepas aku br pergi dua kali n tahun ni baru g skali je and akan muncul lagi untuk beberapa kali lagi. Sebab apa aku suka g? Sebab berbaloi klu nak makan reramai if kita nak berkumpul makan western nya makanan. Klu g sorang dua mmg menu xbrapa nak best la. Katanya menu y portion kecik ada satu ja iaitu roti canai.. Heehee

Ada k org order roti canai? Xpernah nampak pun. Heeeee

Kitorang klu g mmg xlepas dari order mama chop n mix grill ke mix chop eh? Xingt sbb semua member y orderkan.. Aku?? Makan je.. Yang penting sedap dan xlupa jugak ketam masak cili mmg terbaek. Siap bungkus kuah bawa balik. Eh bukan aku eh.. Tp org lain y bungkus.. 👻👻

Jom layan kitorangnya order.. 😋👫👬👭💃💙💙💙

Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...