Monday, January 16, 2012

::.. Jodoh ..::


JODOH ITU RAHSIA ALLAH S.W.T.

Sekuat mana kita setia.
Sehebat mana kita merancang.
Selama mana kita menunggu.
Sekeras mana kita bersabar.
Sejujur mana kita menerima dirinya.

Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya.
Kita tidak akan bersama dengannya.
Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya.
Kita tetap akan bersama dengannya.

Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya, insya-Allah.
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang.
Dan sebaik-baik merancang adalah ALLAH S.W.T. ♥
Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Tuesday, January 10, 2012

::.. J.Cool di Pavillion ..::


Huhuh...my BBF
Dah lame tak jumpa..ni 1st time kami jumpa tuk tahun nie...Nice kan :)
So bila ngn My BBf ape lagi...macam2 la kami wat tp ini je yang dapat di upload dalam nie..yang len semua dalam handphone die...
handphone aku????
wahhhhhhhghghghhh...ade gak tp sikit je...time kitaorang shopping kat sogo tp lum letak kat sini...
Pergh..sogo time nie bnyk sale..gler... sape yang ade card je leh masuk.. yang len tunggu kat luaq
nasib ler aku xgler shopping skrg just cuci mate je... :P
Pelikkan... skrg aku dah tak minat shopping... ngeee~

Berbalik kepada situasi dalam gambar nie...ni kat Pavillion K.L. G sini semata2 tuk pergi J.Co kat situ je makan J.Cool situ...Perghhhh..... Hilang kempunan aku
Thx pujah teman aku jejalan merayau mencari sesuatu yang diingini
LUV ue..muah2

Tengok2...Licin kami dua makan...Ambik yang paling besau cz takut xcukup..ni pun xcukup tp pikir dah lewat nak kena balik putrajaya so....dengan berat hati kami balik n pujah antar aku sampai LRT je cz aku kena naik ERL balik putra Bus??? oh tidak Bnyk Mamat B dalam tu :P
Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Monday, January 09, 2012

::.. 5 punca mata letih ..::

Mungkin sebelum ini anda sendiri tidak sedar apakah punca yang menyebabkan mata anda cepat berasa letih. Antaranya adalah..

Terlalu fokus- Apabila anda melakukan sesuatu terlalu fokus seperti membaca, memandu atau melihat paparan skrin komputer, otot mata anda sebenarnya akan bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan mata anda akan cepat berasa letih dan mengantuk. Rehatkan mata anda sebentar seperti melihat tumbuhan hijau sebelum kembali menyambung tugasan.

Masalah mata- Mata anda cepat berasa letih berkemungkinan juga disebabkan oleh mata anda sendiri yang mempunyai masalah. Mata yang mempunyai masalah kebiasaannya perlu bekerja lebih kuat daripada kebiasaan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar.

Sistem pencahayaan yang tidak baik- Sistem pencahayaan yang terlalu banyak atau terlalu sedikit akan menyebabkan otot sphincter dan dilatory untuk bekerja secara berlebihan. Ini akan menyebabkan mata anda akan berasa cepat letih.

Bekerja lebih masa- Ramai yang beranggapan bahawa cara terbaik untuk merehatkan mata adalah dengan menonton tv, membuka akaun fb, melayari internet, bermain telefon bimbit atau sebagainya. Tetapi ia sebenarnya hanya akan menyebabkan mata anda untuk bekerja lebih masa.

Jarang berkelip- Tahukah anda bahawa seseorang yang kurang kadar kelipan matanya akan meyebabkan mata mereka kekeringan. Disebabkan faktor ini anda dinasihatkan untuk tidak terlalu fokus melakukan sesuatu tugasan secara berterusan. Rehatkan mata anda sebentar pada setiap jam ketika anda melakukan tugas.


Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

::.. Ciri Lelaki Idaman ..::

Apakah kriteria-kriteria yang perlu ada pada seorang lelaki untuk berjaya menambat hati seorang wanita? Adakah mereka perlu menjadi seorang yang kaya, bijak, tampan atau sebagainya? Apakah ciri-ciri yang menjadi keutamaan untuk penilaian seorang wanita? Ia akan terjawab selepas anda membaca artikel ini. Pendapat ini adalah hasil daripada suara majoriti yang mewakili wanita. Berkemungkinan ada juga wanita yang tidak sependapat mengenai perkara ini. Diharap artikel ini mampu untuk menjadi panduan terutamanya kepada lelaki yang masih single di luar sana.

Mampu melakukan kerja lelaki
- Sebahagian wanita menyatakan bahawa mereka amat mudah terpikat terhadap lelaki yang mampu melakukann kerja-kerja lelaki seperti bertukang, membaiki kenderaan dan sebagainya. Mungkin ini merupakan rahsia yang kebanyakan lelaki tidak sedar.

Sopan - Mungkin ciri seperti ini agak klasik tetapi kebanyakan wanita menyetujui bahawa mereka lebih sukakan jenis lelaki yang sopan. Sopan yang dimaksudkan bukanlah menjurus kepada perwatakan yang lembut, terlalu menjaga tingkahlaku dan sebagainya, ia lebih kepada pertuturan mereka.Ini mungkin disebabkan oleh sifat semulajadi wanita yang mudah terguris dengan kata-kata seorang lelaki.

Cara berpakaian - Bukan wanita sahaja, tetapi orang lain juga akan selesa untuk melihat anda sekiranya berpakaian kemas. Dari segi psikologi pula, ia adalah cara terbaik untuk orang sekeliling membuat tanggapan awal yang positif terhadap diri anda. Apabila sudah berfikiran positif, maka lebih mudah untuk anda mendekati mereka.

Berjaya memikat hati ibubapa - Seorang wanita amat mementingkan perhubungan antara lelaki dengan ibubapa mereka, berbanding lelaki yang biasanya tidak terlalu mementingkan perkara ini. Sekiranya anda berjaya memikat hati ibubapa seorang wanita, anda adalah lelaki idaman mereka.

Mampu berdikari - Bagaimana seorang lelaki mampu untuk melindungi seorang wanita sedangkan diri mereka sendiri masih tidak mampu untuk dilindungi? Persoalan yang selalu bermain di fikiran wanita.

Membuatkan mereka berasa selamat - Sekiranya anda sudah berjaya membuatkan seorang wanita berasa selamat apabila bersama, anda sebenarnya telah berjaya memikat mereka.

Kelakar - Tanggungjawab seorang lelaki adalah untuk membuatkan wanita ketawa.

Mengambil berat - Wanita amat memerlukan perhatian daripada seorang lelaki, Mereka akan merasakan amat dihargai sekiranya anda mengambil berat mengenai diri mereka tetapi jangan la terlalu membuat wanita tertekan. Sesetengah wanita rasa tertekan dan terkonkong dan tersalah anggap dengan cara anda mengambil berat. So.. bersederhana lah

Pegangan agama - Tugas besar seorang lelaki adalah untuk memimpin. Kepimpinan akan goyah sekiranya tiada satu pegangan yang kuat. Ia memang tidak boleh dinafikan.

Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Friday, January 06, 2012

::.. My Favorite Quote ..::


Biar lena ku trs menjadi milikmu.
Biar bibirmu masih terus menyebut namamu.
Biar fikiranku trs dihantui byanganmu.
Namun kenyataan nya, aku ingin melupakan dirimu, kerna aku tahu, aku tidak layak untukmu, dan dirimu tdk lah seindah yg ku harapkan, trskan saja niatmu utk mgjar cinta berharta dan berdarjatmu itu. Mgo2 ada kebahagiaan disana, dan bukan hya sekadar mempermainkan perasaan mu... Maafkan diriku yg selama ini telah byk menyusahkan hidupmu.
Baca seterusNya..
Sharing Is Caring :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...