Tuesday, May 27, 2014

Resepi : Puding Milo lapis Oreo (Senang je nak buat)

Ni bila dah nak habis dimakan sebab puding ni aku buat tak terlalu manis. Almaklum la sekarang kalu nak makan pape aku suka buat sendiri. So, bila terasa nak makan puding milo oreo ni trus aku search n pergi beli barang dan buat. Teng!!! jadi la ia. :)

Ni masa lapisan kedua selepas lapisan milo dibawah. 

Nmapak tak? lapisan bawah sekali? tu milo la. Tengah lapisan biasa letak oreo dan lapisan tinggal lagi satu mlapisan adalah saki baki lapisanyang dicampur milo tadi keats lapisan ada oreo. Senang je nak buat dia cuma nak tunggu setiap lapisan tu sejuk sikit sempa lagi aku memasak makan malam. :)


Resepi Puding Lapis Oreo
Resepi ini saya ambil bulat-bulat dari blog akak ni. BLOG INI 

Bahan-Bahan Puding Lapis Oreo
( Saiz: 8" persegi )
  • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - kalau tak suka manis boleh letak 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah-patahkan tapi biarkan sandwich 2 lapis

Cara Menyedia Puding Lapis Oreo
  • Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.Kemudian,masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
  • Masukkan susu cair, kacau sebati sehingga mendidih.
  • Asingkan 2 cwn ke dalam periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  • Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
  • Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
  • Taburkan biskut oreo.
  • Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  • Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dalam peti sejuk.

Tips Melapis Puding Oreo
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuhnya sbb takut lapisan tidak melekat.
  • Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterusnya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya ia melekat dengan baik.

Sharing Is Caring :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...