Wednesday, August 10, 2011

::.. Tarawih ..::


Salam dan selamat malam, tiba saja bulan puasa mestilah kita nak tambahkan amalan2 sunat lain temasuk tarawih. Berpuasa adalah menahan lapar dan dahaga serta perkara2 yang membatalkan dan mengurangkan pahala puasa maka dibulan ramadhan nie bukan nya puasa semata2 tp rasa macam tak lengkap kalau tak di sertakan dengan solat terawih. :)
Kamu tahu cara menunaikan solat tarawih?ke ikut imam je? :P
Sebagai umat islam, kita perlu la tahu juga walaupun ikut imam. Bukan nya apa, mana la tahu kalau2 boleh jadi imam satu hari nanti. Bukan perlu jadi imam di masjid or surau tp dirumah juga. Contoh dirumah sewa, nak pergi masjid jauh xde kenderaan kamu boleh volunteer untuk imamkan solat bersama kawan2 kamu. Kan besar pahala nya..:)

Definisi Solat Sunat Tarawih


Tarawih bermaksud duduk bersenang-senang atau beristirehat. Manakala Solat Tarawih bererti solat sunat dengan rasa tenang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isha’. Biasanya duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih, sebelum disambung semula.

Tujuan utamanya ialah untuk memberi peluang dan galakkan kepada umat islam supaya suka mengisi waktu yang terluang di dalam bulan Ramadhan, dengan ibadat2 sunat seperti solat tar
wih, solat witir dan membaca al-quran, berzikir dan lain2.

Aishah r.a. meriwayatkan: “Rasulullah s.a.w solat(Tarawih) empat rakaat pada malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga beliau kasihan melihatnya. Beliau berkata kepada Rasulullah : “Demi Allah waha Rasulullah! Dosa2mu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian: maka untuk apakah tuan bersusah paya solat seperti ini?”
Baginda menjawab : “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”



Sharing Is Caring :)

2 comments:

Anonymous said...

gud info.....smoga kamu tergolong org beriman

~:: awE ::~ said...

kamu juga..semoga tegolong dalam org2 beriman..amin

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...